23 January 2007

Just for fun...

Artwork ni ako contribute untuk kawan ako, Amy@ Darulhilmi Darsani...kereta dia la yang jadi sumber inspirasi untuk ako buat artwork ni...



Btw, artwork ni dibuat secara 'marathon', bermula dari 12.30am sampai le ke petangnya. Disebabkan belum belajar guna Wacom tablet (kes nak guna cara manual-mouse), jari ako dah nak terseliuh menyiapkan artwork ini.

Kalau ade komen tentang artwork ni, korang bolehlah submit dibawah... Peace!

Dalam progress...InsyaAllah

Oklah geng,

Ini le update terbaru projek ako untuk tahun 2007 ni, dua buah komik yang akan ako buat sepanjang tahun ni...

Komik 'Fused- Ver. 1.0' ( bulan Mac 2007)



Komik 'Elemen': Pertengahan tahun 2007



Kalau berjaya, ako jual komik ni. Tunggu je siapa nak distribute. Kalau tak, ako simpan ajer! He he he!!

Artwork lama...Version 4

Hoh! Jumpa plak artwork ni...'Gilera Gal'



Kalau nak tau cerita, artwork ni ako lukis atas kertas A4 kat opis ako, 2 tahun lepas (ako kerja sebagai technician aircond). Mase tu plan sebenarnya nak lukis diagram wiring aircond, tetapi memandangkan lambat menunggu mesin punch card berbunyi tanda masa nak balik, so tu la tangan ako mula melakar lukisan nih...

Seb baik ade member sekerja ako yang kaki skuter. Thanks to Amat kerana 'reference' Gilera tu...kalau takde dia, mau-mau motor tu jadi jet-ski...he he he!

The Return Of...My Room!

Ahh...setelah sebulan ako tidur kat ruang tamu, akhirnya ako kembali kedalam bilik @studio ako. Dan banyak perkara yang ako telah alami sepanjang ako tidur kat ruang tamu rumah ako. Kereta ako kena pecah depan mata, kucing ako kacau ako tidur (time tengah mimpi best, time tu la dia mengendeng nak makan)...

Oklah...dah cat dinding baru, setup perabut, banyak tul ilham yang datang. Projek novel komik 'Kuala Perlis' tu ako belum dapat ilham lagi jalan ceritanya, pasal sekarang ni tengah buat karakter dan illustrasi untuk storyboard komik 'lama' ako- Jammers, Fused dan Elemen.

Bulan ni aku agak sibuk sikit. Ako dilantik sebagai komiti projek Compact Autoshow 2007 yang akan diadakan pada 28hb Januari ni di The Zon , Stulang Laut, JB. InsyaAllah kalau siapa datang memang tak rugi! Mungkin ada persembahan dari Fabulous Cats (anak buah Cat Farish-ex Ruffedge) dan 'graffiti demonstration' oleh member baik ako, saudara Baby (PhobiaKlik!)

Ops! sebelum ako cabut, ako nak ucapkan terima kasih bebanyak buat members di FaZuu Workshop- Ah Yez, MechaFrog dan Kit-sin yang terima ako sebagai member forum diorang.



Kudos to them for supporting our local independence art scene!!