20 September 2007

MOBS Reviu: Animania- D.Gray-Man (Bhgn.1)

Disaat ako menaip rebiu ini, ako baru sahaja selesai menonton D.Gray-man dan Melody Of Oblivion di saluran TV Singapura, ARTS CENTRAL (slot Animania, 11pm-12am). Kepada yang terbaca rebiu ni dan belum pernah menonton anime yang ako sebutkan kat atas tu, ako akan ceritakaan dalam rebiu kali ini.

D.Gray-Man



Anime ini bermula di zaman kurun ke-19 di Eropah. Ianya tertumpu kepada watak utama, seorang remaja lelaki bernama Allen Walker. Allen juga adalah seorang 'Exorcists', yang mana akan bertugas memusnahkan The Earl of Millenium dan konco-konconya yang ingin 'menyucikan' semula manusia dan menjadikan mereka 'Akuma'.



Banyak watak-watak Exorcist yang lain seperti Yuu Kanda (seorang egois yang tidak menggemari Exorcist lain), Lavi (dengan tukul besi sihirnya) Arystar Krory (seorang pontianak yang dilantik menjadi Exorcist) dan Miranda Lotto (seorang Exorcist yang mampu mengawal masa).



Terdapat juga watak-watak lain yang menjadi konco The Earl seperti Akuma, 'The Noah Family' dan lain-lain. Tetapi, watak yang ako minat dalam anime ni:


Lenalee Lee (seorang gadis 'Exorcist' yang mahir menerajang)...


dan Road "Rodo' Kamelot" (The Noah's Family) yang kawaiiii...XD..

Oh ya...jangan terpedaya yang anime ini bersifat serius dan 'gelap'. Sekali dah keluar part lawaknya, boleh terguling2 ketawa...ha ha ha!!



Sambung esoklah...dah nak sahur nih!

19 September 2007

MOBS Reviu: Animasi- Grossology

Ako terpanggil untuk menaip rebiu Grossology ini kerana ako agak tertarik dengan persembahan dan kualitinya. Memang tak sangka ianya bukan dari sebuah syarikat animasi Jepun, tetapi sebuah syarikat animasi dari Kanada.



Siri kartun Grossology terbitan YTV dan Nelvana diasaskan dari buku bukan fiksyen dengan judul yang sama hasil tulisan Sylvia Branzei. Ia menceritakan tentang fungsi-fungsi apa jua keadaan yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Buku Grossology ini dibahagikan kepada 3 kategori:

1)“Slimy Mushy Oozy Gross Things,” (muntah, sembelit, buang air kecil, bisul, ruam dan lain-lain).
2)“Crusty Scaly Gross Things,” (kelemumur, kerosakan gigi.).
3)“Stinky Smelly Gross Things,” (sedawa, kentut dan lain-lain).


Ianya dipersembahkan secara humor dengan illustrasi jenaka oleh Jack Keely.



Berbalik kepada siri kartun Grossology ini, ia pula mengisahkan tentang pasangan remaja adik-beradik; Abby & adiknya, Ty Archer yang bekerja secara rahsia dengan Jabatan Grossology. Dibantu dengan seorang pakar komputer digelar Lab Rat, mereka menumpaskan musuh-musuh & penjenayah-penjenayah yang berkaitan dengan fenomena Grossology ini.



Siri animasi ini dihasilkan dengan kerja keras oleh Nelvana yang berpengkalan di Ontario, Kanada. Mereka menggunakan sotware Toonboom Harmony, dan seterusnya menggunakan ToonBoom Digital Pro. Memang kualiti animasi ini agak menarik dan seharusnya dijadikan rujukan oleh pengusaha-penguasaha animasi tempatan di Malaysia untuk menggunakannya.



Nak harap suruh diorang guna traditional cell? bermimpilah!

18 September 2007

Mencari RX121-2 Gundam TR1 (Hazel-II)...

Ako sedang mencari kit 1/144 RX121-2 Gundam TR1 (Hazel II). Ni pun pasal ako nak pasang 'aksesorinya' yang ako dapat percuma semasa membeli majalah Degenki Hobby: EMERGENCY ESCAPE POD (PRIMROSE)- Furoku Grade.



Barang rare nih. Bandai pun tak buat! Agak-agak nanti kalau dah jumpa, tengoklah. Samada nak pasang, atau ako jual sekali dua-dua kit nih.

14 September 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428

Sekejap je dah masuk bulan Ramadhan, bulan yang menguji kita umat Islam dalam segala amal dan menghindarkan diri dari makan dan minum. Bagi ako, bulan puasa ni adalah antara bulan-bulan Islam yang paling seronok untuk disambut. Auranya amat berbeza namun semua akan berakhir setibanya bulan Syawal nanti. Jadi, ambillah peluang yang ada untuk kita merebut segala kelebihan dari-Nya.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428 dari krew Checksix Studio Inc.

12 September 2007

Prebiu J-Drama Ichi Rittoru No Namida (One Liter Of Tears).

Siapa yang layan J-drama ni? Setiap Sabtu jam 6.00 petang di 8TV



Drama ni berdasarkan kisah benar seorang pelajar sekolah menengah, Ikeuchi Aya yang kelihatan normal seperti rakan-rakan sekolahnya yang lain. Aya juga aktif sebagai pemain bola keranjang wanita di sekolahnya.

Aya tinggal bersama bapanya (Mizuo), ibunya (Shioka), adik perempuannya (Ako dan Ani)dan adik lelakinya (Hiroki). Keluarganya menjalankan perniagaan membuat dan menjual tauhu jepun (kira sama mcm Bunta Fujiwara la.)

Malangnya, Aya diserang sejenis penyakit dipanggil 'spinocerebellar degeneration'. Penyakit ni akan menyebabkan otak gagal mengawal pergerakan kaki, tangan dan badan yang akhirnya membuatkan pengidapnya lumpuh seumur hidup pada masa akan datang. Pada mulanya ibu Aya merasa pelik apabila Aya tidak dapat berjalan seperti manusia normal, sehinggalah doktor yang merawatnya memberitahu tentang kondisi Aya.

Oleh kerana penyakit inilah, Aya ditinggalkan oleh teman lelakinya, dia diejek dan dipandang sebelah mata oleh rakan sepasukannya. Namun dia ingin gembira dengan kehidupan remajanya, rakan-rakan sekolah dan seluruh keluarganya yang banyak membantu dia meneruskan hidup melawan penyakit ini sehinggalah disaat kehidupan terakhirnya.

Cerita ni ako start layan sejurus habisnya J-Drama 'Engine' (Takuya Kimura). J-Drama ini diterbit berdasarkan diari Aya yang pada ketika itu berumur 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia pada umurnya 25 tahun. Diarinya juga dibukukan dengan judul yang sama, dan terjual sebanyak 1.1 juta naskhah di pasaran jepun sahaja. Wow!!

Siapa yang terlambat tu boleh le layan J-Drama ni. Memang sedih dan menyayat hati!



'Thumbs up' buat Sawajiri Erika kerana membawa watak Ikeuchi Aya dengan berkesan.

06 September 2007

Koleksi Gashapon Kapsul.

Akhirnya ako dah terjebak dengan hobi baru, mengumpul 'Gashapon'. Kalau korang nak tau, gashapon ni adalah patung-patung kecil karakter dari manga atau anime. Ni semua gara-gara ako membawa adik ako mencari kasut futsalnya di City Square JB, sehinggalah ako terjumpa kedai ni- ACTION CITY!

Memula tu segan gak...ye lah..dah tua-tua camnih baru nak start kumpul. Last-last rasa segan tu hilang. Sampai budak cashier kat situ dah kenal ngan ako (yelah! muka yang sama asyik tukar token...he he he!)

Ni le antara koleksi yang sempat ako kumpul, for starters...layan Capsule Gashapon dulu, kosnya hanya dalam 200yen/RM8 per capsule.



Ni plak 2 bulan seterusnya...dah banyak dah rupanya...



Karakter dari My-Otome Collection, dari kiri: Yukariko Steinberg, Arika Yumemiya dan Mashiro Kazahana@Mashiro Blan De Windbloom.





Karakter dari anime keluaran Gainax: Nadia Ra Alwar (Nadia:The Secret Of Blue Water) dan Ayanami Rei(Neon Genesis Evangelion).





Karakter lain: Senna Tono (W~Wish) dan Katsumi (ako lupa dia ni dari anime mana ntah?). Gashapon ni mahal skit, lebih kurang 300yen/RM12 per capsule.





Gashapon Hikari Horaki(Neon Genesis Evangelion) ni plak ako beli lain. Datang dalam kotak. Kos sekotak dalam RM19.80. Saiznya besar sedikit dari Capsule Gashapon:





Dan lepas ni ako terus akan mengumpul, sampai penuh satu bilik..huar huar huar!