06 June 2008

Huargghhhhh!!



Yuhooo...H2H kini dah masuk bab 3...mungkin ako akan stop jap.

Lagipun Soarer dah lama tertangguh.

Bab 1 dan 2 dalam proses masuk dialog...so tunggu!!

btw...good news for me! Baca kenyataan e-mel di bawah:

PTS ONE Sdn. Bhd. sedang menerbitkan komik kanak-kanak tempatan. Sekiranya tuan/puan seorang peminat kartun dan berminat melukis komik, andalah yang kami cari!

KONSEP
Kami mencari kartun yang comel dan jalan cerita yang mudah.Watak utama biarlah dekat dengan kanak-kanak.

Selain manusia, boleh juga buat cerita binatang ataupun makhluk ganjil. Selagi ia asli dan menarik, kami terima.

PERSEMBAHAN
Komik kami adalah komik hitam putih. Ia akan diterbitkan dalam saiz ( 5.5" x 7.9").

Komik itu setebal 112 muka surat dan pelukis hanya perlu melukis sebanyak 100 keping komik sahaja bagi satu keluaran.

Anda boleh memilih konsep komik ala-ala Doraemon (cerita-cerita pendek), Tin-Tin (cerita panjang satu buku) ataupun Garfield ( Komik strip ). Sekiranya anda ada idea lain, kami alu-alukan.

HAK CIPTA
Hak cipta karya anda adalah hak milik anda. Kami hanya dapat hak penerbitan sahaja. Sekiranya pihak anda mahu menggunakan watak anda di tempat lain, adalah dibenarkan. Anda perlu maklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak penerbit bagi mengelak kekeliruan dan konflik. Maklumat lanjut akan diberitahu kepada pengkarya.

BAYARAN
Kami mengamalkan sistem royalti kepada pengkarya. Jumlah royalti mengikut jumlah jualan komik di pasaran.

CARA-CARA MENYERTAINYA:
Hantar sinopsis cerita dan beberapa contoh komik anda ke email alif@pts.com.my ataupun ke alamat:

Alif Firdaus Azis
Komik PTS ONE
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

Kami akan memberi maklum balas kepada anda sebaik sahaja kami menilai idea anda.
Sebarang pertanyaan boleh terus ke email alif@pts.com.my ataupun talian hangat

03-41427413 / 16 (attn: Alif Firdaus Azis )
016-6611514

Hmmm, komik untuk kekanak?? Kena buat survey nieh...XD