08 June 2006

Artwork lama...Version 3

Ni pulak artwork lama masa aku belajar buat head figure dan emotion...

Budak lelaki:







Budak perempuan:

Apa komen korang bila tengok lukisan aku ni?? Tolong komen please!!

Artwork lama...Version 2

Baru lepas 'selongkar' fail dalam pc aku....panas..panas

Ni merupakan design asal mech untuk komik Alpha Raiders. Entah macam mana la boleh ada colour la pulak. Ni mesti kerja adik aku.






Boleh 'gila' lah masa nak design mecha ni dulu. Last-last simpan buat kenangan...

07 June 2006

Artwork lama...

Minggu lepas aku rombak balik studio memerangkap bilik tidur aku. Ada la buku-buku dan komik-komik lama yang sebahagiannya telah rosak dimakan anai-anai (kengkadang rasa nak menyumpah pun tak boleh, depa ni makhluk tuhan jugak) .
Entah macamana plak aku boleh terjumpa himpunan sketchbook lama aku. Bila belek balik terasa betul kerinduan masa aku serius melukis dulu. Banyak betul artwork dan komik-komik yang aku nak buat masa tu. tapi aku terpaksa tinggalkan jugak pasal sibuk dengan kerjaya dan masa depan.

Antaranya adalah:

1) Legenda Lebuhraya - komik perlumbaan pertama aku...tak pernah dihabiskan pasal masa ni aku sibuk buat assignment Autocad yang berlambak sangat! Jadi ceritanya habis macam tu aje...tergantung...








2) Alpha Raiders - percubaan pertama aku untuk melukis komik bergenre sains fiksyen dan robotik. Tapi sayangnya, perancangan komik ini menemui jalan buntu. Malah ada sedikit plotnya telah diambil untuk perancangan komik lain.



3) Air Patrol 101 - jalan ceritanya mengisahkan kehidupan anggota unit udara PDRM. Ironinya, ketika idea ini hendak dicurahkan, pengarah drama terkenal, Dato' Yusof Haslam asyik tertumpu kepada drama mengenai polis biasa dan unit trafik sahaja...





Ada banyak lagi artwork lama aku...tapi aku tak larat betul nak scan...lain kali la...he he he!!

Better late than never...

A'kum

Ni first post dalam blog aku. Sekarang ni aku tengah sibuk nak start buat balik apa yang aku dah lama tinggalkan sebelum ni- melukis.

Buat masa ni aku tengah tertumpu dengan projek pertama aku- ELEMEN (ye ke tajuknya ni??), yang kini dalam proses pembikinan jalan cerita dan watak...Harap-harap semuanya akan menjadi, Insya-Allah.

p/s: Sekarang ni tengah scan semua sketching ako..nanti ako akan post semuanya kat sini...harap maklum..