12 May 2008

MOBS Previu: Animania- Neo Angelique ~Abyss~

Sekarang ni ako tengah follow tayangan anime ni di slot Animania, Arts Central TV12 Singapura. FYI, "Neo Angelique ~Abyss~" ni adalah anime keluaran Yumeta Company yang baru ditayangkan di Jepun yang mana pihak Arts Central berjaya menayangkan setiap episod anime ini SERENTAK dengan tayangan episod baru di sana (same week telecast).



"Neo Angelique ~Abyss~" ni mengisahkan tentang merebaknya unsur kejahatan & kegelapan yang bergelar Thanatos di sebuah tempat bernama Arcadia. Thanatos mengganas dengan menyedut nyawa dari manusia.

Terdapat sekumpulan orang bergelar Purifiers yang diberi tugas untuk menghapuskan Thanatos ini. Purifiers ini dianggotai oleh Rayne, Nyx, J.D dan Hyuga.




Namun berdasarkan judulnya, ia tertumpu kepada watak utama, seorang gadis berumur 16 tahun bernama Angelique. Dia didapati memiliki satu kuasa dinamakan 'Queen's Egg' yang mampu menghapuskan unsur kejahatan. Ia kemudiannya diterokai oleh kumpulan Purifiers. Angelique kemudiannya diajak untuk membantu kumpulan Purifiers untuk menghentikan serangan Thanatos ini.

Anime bergenre 'male harem' ini masih ditayangkan dan kini 5 dari 13 episod sudahpun berlalu. Jika anda tinggal di selatan tanahair, boleh la korang semua tonton anime ni di slot Animania setiap Rabu, jam 11.30 malam (selepas tayangan anime 'Burst Angel' @ 'Bakuretsu Tenshi').

Nota: Pihak Arts Central juga menayangkan satu lagi anime, D'Gray-Man yang juga ditayangkan serentak dengan episod di Jepun, setiap Jumaat, jam 11.00 malam.

YOU'RE UNDER ARREST, Versi Malaysia??



Agak-agak korang la. Kalau Fujishima Kosuke tengok ni, dia nak tak serapkan dalam manga atau anime "You're Under Arrest" dia, he he he!

Lama tak update...

Assalamualaikum wbt dan hello semua...

Lama tul ako tak update blog ni. Al-maklumlah sibuk dengan pemindahan tempat kerja ako keluar Johor Bahru. jadi selepas ni ako akan menetap di rumah datuk ako kerana ako ditempatkan di kampung aku (Mersing).

Oh ya...sekarang ni aku tengah sibuk menyiapkan komik "H2H" yang sudah masuk Chapter 2. Kemungkinan selepas siap dalam Chapter 5, aku akan memulakan proses scanning untuk masukkan baloon dan dialog. Lepas tu boleh la upload di sini untuk tatapan korang. Jadi ako ingin memohon maaf dan harap korang dapat bersabar.



Oh ya..mungkin juga ako akan menyiapkan sedikit chapter untuk komik "Soarer" yang dah lama tertangguh. Minta maaf sekali lagi!

Oklah, ako nak sambung kerja ako jap. Kang boss ako marah plak...he he he!