25 July 2007

'Soarer' didedahkan...

Huh! Penat betul. Akhirnya 6 bab komik ini berjaya disiapkan. Namun kerja banyak ditangguhkan selepas ako terlibat dengan fotografi untuk Malaysian Rally 2007. Ni adalah serba sedikit progress untuk projek komik 'Soarer' ako ni:

Cover untuk setiap bab yang baru siap sketch:



Ini merupakan illustrasi 'cross-over' antara karakter komik 'Soarer' dan kenderaan kepunyaan kawan-kawan ako.



Harap-harap la komik ni siap cepat!

SINOPSIS:

'Soarer' mengisahkan tentang Remy, seorang pelajar sekolah menengah yang diberi peluang untuk memacu pesawat perlumbaan (Soarer) untuk perlumbaan udara Formula Aero. Remy tinggal bersama keluarga pakciknya, Malik- ketua pasukan Blue Skies, dan sepupunya Ady & Angeline.

Ady tidak lagi mampu memacu Soarer kerana lumpuh, akibat dari kemalangan udara pada perlumbaan Formula Aero sebelum itu. Maka pasukan Blue Skies kini mengharapkan khidmat Remy untuk menjadi pengganti juruterbang utama pesawat Soarer pasukan itu.

Adakah Remy akan memikul tanggungjawab demi maruah pasukan pakciknya itu?
Sama-sama kita mengikuti komik ini sehingga tamat.

Pendek aje sinopsis dia..malas nak cerita panjang lebar. takut nanti jadi spoiler plak, he he he!

11 July 2007

MOBS Reviu: Anime- Eureka Seven.

Kenapa la ako tak layan dari dulu...



"Kōkyōshihen Eureka Sebun"/The Psalms Of The Planet: Eureka Seven, atau lebih dikenali dengan judul Eureka Seven mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja lelaki, Renton Thruston yang tinggal dalam kebosanan dengan datuknya, seorang mekanik di sebuah pekan sunyi bernama BellForest.

Dalam impiannya, Renton ingin menjadi salah seorang dari anggota kumpulan Gekkostate kerana ingin mengikut jejak langkah idolanya, Holland Novak yang juga merupakan seorang 'lifter' profesional. FYI, 'lifter' adalah sama seperti sukan luncur air (surfing), cuma ianya dilakukan di udara dengan bantuan partikel dari 'ombak trapar'.

Dalam masa yang sama, impiannya menjadi kenyataan di mana secara tiba-tiba, sebuah mecha, Nirvash TypeZero yang dikemudi oleh Eureka, salah seorang anggota kumpulan Gekkostate jatuh terhempas diatas pondok Renton. Dengan peristiwa ini secara tidak langsung menyemarakkan perhubungan antara Renton dan Eureka yang mana sedikit demi sedikit menimbulkan bibit-bibit percintaan antara mereka.

Sebahagian klip dari anime ini:

Pertembungan antara Nirvash Type Zero dan Nirvash Type theEnd

Banyak-banyak aerial fighting scene dalam Eureka Seven ni, babak ni le paling nostalgic bagi ako. Puas hati ako bila tengok Anemone kalah...



Abaikan sarikata tu. Anime ni ako dapat dari rip off Hong Kong. Gomenne!

Wow! 6 bulan!

Pergh...dah 6 bulan ako tak update blog ni. Minta maaflah kerana ako begitu sibuk dengan kerja tetap aku, sampaikan banyak artwork ako belum siap.

Sekarang ni dah ada free time sikit, jadi ako malas nak buang masa...Hidupkan balik Checksix!

Oh ya! sekarang ni ako dah menjadi ahli berdaftar PuterANIME. Terima kasih kepada kawan-kawan di PHQ yang banyak memberi sokongan kepada aku.

Lamah web PHQ: http://www.puteranime.com


P/S: berkenaan dengan komik Elemen, ako terpaksa tukar tajuk cerita ni. Ini kerana Kenny (GempakStarz) dah lancarkan komik beliau dengan tajuk yang sama. Gomenne!