07 June 2006

Artwork lama...

Minggu lepas aku rombak balik studio memerangkap bilik tidur aku. Ada la buku-buku dan komik-komik lama yang sebahagiannya telah rosak dimakan anai-anai (kengkadang rasa nak menyumpah pun tak boleh, depa ni makhluk tuhan jugak) .
Entah macamana plak aku boleh terjumpa himpunan sketchbook lama aku. Bila belek balik terasa betul kerinduan masa aku serius melukis dulu. Banyak betul artwork dan komik-komik yang aku nak buat masa tu. tapi aku terpaksa tinggalkan jugak pasal sibuk dengan kerjaya dan masa depan.

Antaranya adalah:

1) Legenda Lebuhraya - komik perlumbaan pertama aku...tak pernah dihabiskan pasal masa ni aku sibuk buat assignment Autocad yang berlambak sangat! Jadi ceritanya habis macam tu aje...tergantung...








2) Alpha Raiders - percubaan pertama aku untuk melukis komik bergenre sains fiksyen dan robotik. Tapi sayangnya, perancangan komik ini menemui jalan buntu. Malah ada sedikit plotnya telah diambil untuk perancangan komik lain.



3) Air Patrol 101 - jalan ceritanya mengisahkan kehidupan anggota unit udara PDRM. Ironinya, ketika idea ini hendak dicurahkan, pengarah drama terkenal, Dato' Yusof Haslam asyik tertumpu kepada drama mengenai polis biasa dan unit trafik sahaja...





Ada banyak lagi artwork lama aku...tapi aku tak larat betul nak scan...lain kali la...he he he!!

No comments: