12 September 2007

Prebiu J-Drama Ichi Rittoru No Namida (One Liter Of Tears).

Siapa yang layan J-drama ni? Setiap Sabtu jam 6.00 petang di 8TV



Drama ni berdasarkan kisah benar seorang pelajar sekolah menengah, Ikeuchi Aya yang kelihatan normal seperti rakan-rakan sekolahnya yang lain. Aya juga aktif sebagai pemain bola keranjang wanita di sekolahnya.

Aya tinggal bersama bapanya (Mizuo), ibunya (Shioka), adik perempuannya (Ako dan Ani)dan adik lelakinya (Hiroki). Keluarganya menjalankan perniagaan membuat dan menjual tauhu jepun (kira sama mcm Bunta Fujiwara la.)

Malangnya, Aya diserang sejenis penyakit dipanggil 'spinocerebellar degeneration'. Penyakit ni akan menyebabkan otak gagal mengawal pergerakan kaki, tangan dan badan yang akhirnya membuatkan pengidapnya lumpuh seumur hidup pada masa akan datang. Pada mulanya ibu Aya merasa pelik apabila Aya tidak dapat berjalan seperti manusia normal, sehinggalah doktor yang merawatnya memberitahu tentang kondisi Aya.

Oleh kerana penyakit inilah, Aya ditinggalkan oleh teman lelakinya, dia diejek dan dipandang sebelah mata oleh rakan sepasukannya. Namun dia ingin gembira dengan kehidupan remajanya, rakan-rakan sekolah dan seluruh keluarganya yang banyak membantu dia meneruskan hidup melawan penyakit ini sehinggalah disaat kehidupan terakhirnya.

Cerita ni ako start layan sejurus habisnya J-Drama 'Engine' (Takuya Kimura). J-Drama ini diterbit berdasarkan diari Aya yang pada ketika itu berumur 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia pada umurnya 25 tahun. Diarinya juga dibukukan dengan judul yang sama, dan terjual sebanyak 1.1 juta naskhah di pasaran jepun sahaja. Wow!!

Siapa yang terlambat tu boleh le layan J-Drama ni. Memang sedih dan menyayat hati!



'Thumbs up' buat Sawajiri Erika kerana membawa watak Ikeuchi Aya dengan berkesan.

No comments: