12 May 2008

MOBS Previu: Animania- Neo Angelique ~Abyss~

Sekarang ni ako tengah follow tayangan anime ni di slot Animania, Arts Central TV12 Singapura. FYI, "Neo Angelique ~Abyss~" ni adalah anime keluaran Yumeta Company yang baru ditayangkan di Jepun yang mana pihak Arts Central berjaya menayangkan setiap episod anime ini SERENTAK dengan tayangan episod baru di sana (same week telecast).



"Neo Angelique ~Abyss~" ni mengisahkan tentang merebaknya unsur kejahatan & kegelapan yang bergelar Thanatos di sebuah tempat bernama Arcadia. Thanatos mengganas dengan menyedut nyawa dari manusia.

Terdapat sekumpulan orang bergelar Purifiers yang diberi tugas untuk menghapuskan Thanatos ini. Purifiers ini dianggotai oleh Rayne, Nyx, J.D dan Hyuga.




Namun berdasarkan judulnya, ia tertumpu kepada watak utama, seorang gadis berumur 16 tahun bernama Angelique. Dia didapati memiliki satu kuasa dinamakan 'Queen's Egg' yang mampu menghapuskan unsur kejahatan. Ia kemudiannya diterokai oleh kumpulan Purifiers. Angelique kemudiannya diajak untuk membantu kumpulan Purifiers untuk menghentikan serangan Thanatos ini.

Anime bergenre 'male harem' ini masih ditayangkan dan kini 5 dari 13 episod sudahpun berlalu. Jika anda tinggal di selatan tanahair, boleh la korang semua tonton anime ni di slot Animania setiap Rabu, jam 11.30 malam (selepas tayangan anime 'Burst Angel' @ 'Bakuretsu Tenshi').

Nota: Pihak Arts Central juga menayangkan satu lagi anime, D'Gray-Man yang juga ditayangkan serentak dengan episod di Jepun, setiap Jumaat, jam 11.00 malam.

No comments: