25 July 2007

'Soarer' didedahkan...

Huh! Penat betul. Akhirnya 6 bab komik ini berjaya disiapkan. Namun kerja banyak ditangguhkan selepas ako terlibat dengan fotografi untuk Malaysian Rally 2007. Ni adalah serba sedikit progress untuk projek komik 'Soarer' ako ni:

Cover untuk setiap bab yang baru siap sketch:



Ini merupakan illustrasi 'cross-over' antara karakter komik 'Soarer' dan kenderaan kepunyaan kawan-kawan ako.



Harap-harap la komik ni siap cepat!

SINOPSIS:

'Soarer' mengisahkan tentang Remy, seorang pelajar sekolah menengah yang diberi peluang untuk memacu pesawat perlumbaan (Soarer) untuk perlumbaan udara Formula Aero. Remy tinggal bersama keluarga pakciknya, Malik- ketua pasukan Blue Skies, dan sepupunya Ady & Angeline.

Ady tidak lagi mampu memacu Soarer kerana lumpuh, akibat dari kemalangan udara pada perlumbaan Formula Aero sebelum itu. Maka pasukan Blue Skies kini mengharapkan khidmat Remy untuk menjadi pengganti juruterbang utama pesawat Soarer pasukan itu.

Adakah Remy akan memikul tanggungjawab demi maruah pasukan pakciknya itu?
Sama-sama kita mengikuti komik ini sehingga tamat.

Pendek aje sinopsis dia..malas nak cerita panjang lebar. takut nanti jadi spoiler plak, he he he!

No comments: