11 July 2007

MOBS Reviu: Anime- Eureka Seven.

Kenapa la ako tak layan dari dulu...



"Kōkyōshihen Eureka Sebun"/The Psalms Of The Planet: Eureka Seven, atau lebih dikenali dengan judul Eureka Seven mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja lelaki, Renton Thruston yang tinggal dalam kebosanan dengan datuknya, seorang mekanik di sebuah pekan sunyi bernama BellForest.

Dalam impiannya, Renton ingin menjadi salah seorang dari anggota kumpulan Gekkostate kerana ingin mengikut jejak langkah idolanya, Holland Novak yang juga merupakan seorang 'lifter' profesional. FYI, 'lifter' adalah sama seperti sukan luncur air (surfing), cuma ianya dilakukan di udara dengan bantuan partikel dari 'ombak trapar'.

Dalam masa yang sama, impiannya menjadi kenyataan di mana secara tiba-tiba, sebuah mecha, Nirvash TypeZero yang dikemudi oleh Eureka, salah seorang anggota kumpulan Gekkostate jatuh terhempas diatas pondok Renton. Dengan peristiwa ini secara tidak langsung menyemarakkan perhubungan antara Renton dan Eureka yang mana sedikit demi sedikit menimbulkan bibit-bibit percintaan antara mereka.

Sebahagian klip dari anime ini:

Pertembungan antara Nirvash Type Zero dan Nirvash Type theEnd

Banyak-banyak aerial fighting scene dalam Eureka Seven ni, babak ni le paling nostalgic bagi ako. Puas hati ako bila tengok Anemone kalah...



Abaikan sarikata tu. Anime ni ako dapat dari rip off Hong Kong. Gomenne!

No comments: