19 September 2007

MOBS Reviu: Animasi- Grossology

Ako terpanggil untuk menaip rebiu Grossology ini kerana ako agak tertarik dengan persembahan dan kualitinya. Memang tak sangka ianya bukan dari sebuah syarikat animasi Jepun, tetapi sebuah syarikat animasi dari Kanada.



Siri kartun Grossology terbitan YTV dan Nelvana diasaskan dari buku bukan fiksyen dengan judul yang sama hasil tulisan Sylvia Branzei. Ia menceritakan tentang fungsi-fungsi apa jua keadaan yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Buku Grossology ini dibahagikan kepada 3 kategori:

1)“Slimy Mushy Oozy Gross Things,” (muntah, sembelit, buang air kecil, bisul, ruam dan lain-lain).
2)“Crusty Scaly Gross Things,” (kelemumur, kerosakan gigi.).
3)“Stinky Smelly Gross Things,” (sedawa, kentut dan lain-lain).


Ianya dipersembahkan secara humor dengan illustrasi jenaka oleh Jack Keely.



Berbalik kepada siri kartun Grossology ini, ia pula mengisahkan tentang pasangan remaja adik-beradik; Abby & adiknya, Ty Archer yang bekerja secara rahsia dengan Jabatan Grossology. Dibantu dengan seorang pakar komputer digelar Lab Rat, mereka menumpaskan musuh-musuh & penjenayah-penjenayah yang berkaitan dengan fenomena Grossology ini.



Siri animasi ini dihasilkan dengan kerja keras oleh Nelvana yang berpengkalan di Ontario, Kanada. Mereka menggunakan sotware Toonboom Harmony, dan seterusnya menggunakan ToonBoom Digital Pro. Memang kualiti animasi ini agak menarik dan seharusnya dijadikan rujukan oleh pengusaha-penguasaha animasi tempatan di Malaysia untuk menggunakannya.



Nak harap suruh diorang guna traditional cell? bermimpilah!

No comments: