25 November 2008

Akhirnya...

Hmm...Alhamdulillah. Akhirnya ako berjaya mendapat kerja disebuah syarikat yang boleh tahan terkenalnya. Kerja apa yang ako dapat? Malulah nak beritahu, tapi memang rileks skit, walaupun kadangkala kelam kabut jugak. Oh ya, dalam masa yang sama, ako berjaya siapkan separuh dari siri komik ako, Soarer. Begitu jugak H2H yang kini 30% siap.

Namun ako agak terkejut apabila ako terbaca satu artikel dalam sebuah majalah komik tempatan. Seorang mangaka tempatan telah menggunakan nama 'Heart 2 Heart' pada judul komiknya, kebetulan sama dengan komik yang sedang ako siapkan. Dia juga dikatakan sudahpun dikenali melalui beberapa 'Comicfest'. Ini tidak melemahkan semangat ako untuk menyiapkan komik ako, cuma akan ako ubah sedikit judulnya agar tidak timbul kekeliruan.

Takpa lah...janji komik ako siap...judul tu belakang kira.

No comments: