25 November 2008

MOBS Previu: Okto's Animania- ToraDora!

Central ini berubah wajah menjadi sebuah stesen TV baru setelah menjalani program pengasingan dengan Vasantham Central yang kini mempunyai siaran TV sendiri (Vasantham TV). Program ini juga menjadikan Central berubah wajah menjadi Okto, yang dilancarkan pada awal bulan Oktober lepas (Okto bermaksud '10' dalam bahasa Greek)

Pada masa yang sama, slot Animania turut berpindah siaran ke Okto (syukur!). Dan kali ini mereka menghidangkaan beberapa siri anime terbaru yang kini sedang disiarkan di Jepun iaitu Casshern Sins, ToraDora! dan Skip Beat!. Siran anime ini adalah sama format dengan siaran anime yang ditayangkan sebelumnya (D.Gray-man) iaitu 'same week telecast in Japan'. Tapi kali ini, biarlah ako review siri ToraDora! dahulu...

Kisah ToraDora! karya Yuyuko Takemiya ini bermula dengan kisah tentang kehidupan protagonis bernama Takasu Ryuji. Ryuji adalah seorang pelajar yang berwajah 'samseng' yang menyebabkan dia digeruni oleh pelajar sekolahnya. Namun kerana wajah tersebut tak bermakna dia seorang yang mempounyai watak yang kurang berdisiplin, bahkan dia begitu obses dengan hal-hal kebersihan. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Yūsaku Kitamura dan dalam masa yang sama, dia telah jatuh hati dengan seorang pelajar perempuan bernama Minori Kushieda.



Pada suatu hari dia telah bertemu dengan seorang lagi pelajar perempuan yang agak 'tsundere' bernama Aisaka Taiga. Taiga adalah kawan baik Kushieda dan terkenal dengan sikap panas barannya yang sering membawa kepada bencana dan kemusnahan sehingga dia dikenali sebagai 'Te Nori Taiga' (Palm-top Tiger). Bahkan Ryuji nyaris dibunuh olehnya kerana kesilapan Taiga sendiri meneyembunyikan surat cinta didalam beg Ryuji kerana menyangkakan itu adalah beg Kitamura. Oh ya! Taiga telah jatuh hati dengan Kitamura dalam siri anime ini.



Oleh kerana Ryuji telah mengetahui hal ini, Taiga telah mengugut untuk membunuhnya sekira hal ini tersebar dikalangan pelajar sekolah. namun Ryuji mengambil langkah drastik dengan membuat perjanjian yang taiga perlu membantunya untuk mendekatkan dirinya dengan Kushieda.

Siri ini masih ditayangkan di Jepun dengan episod 8 sudahpun ditayangkan ketika artikel ini ditulis. Walau apapun, kepda sesiapa yang ingin menonton anime, korang boleh download anime ini. Memang berbaloi menontonnya!

No comments: