25 November 2008

MOBS Previu: Animasi- Vexille

Ahad lepas ako sempat menonton siri animasi CGI, 'Vexille' melalui slot Sunday Art Movie di sluran Okto. 1 ayat sahaja memberi deskripsi terhadap siri animasi ini: AWSOME!

Vexille atau tajuk sebenarnya 'Vexille-2077 Japanese Isolation' mengisahkan tentang dunia pada tahun 2077 yang mana segala kerja dilakukan oleh robot. Ironinya, semua robot berkenaan datang dari satu syarikat gergasi robotik bernama Daiwa Heavy Industries (DHI). DHI telah dikatakan bertanggungjawab mengeluarkan Jepun dari pakatan UN selepas organizsasi itu mengharamkan pengunaan robot secara berleluasa. Mereka juga telah memasang sistem R.A.C.E. yaang mana 'menghilangkan' Jepun dari hubungan luar.

Sebuah pasukan polis teknologi bergelar SWORD telah ditugaskan untuk memburu pemimpin DHI bernama Saito. Namun operasi pertama mereka gagal dan Saito berjaya meloloskan diri. Namun ini membawa pasukan SWORD untuk menjalankan misi kedua iaitu menceroboh Jepun dan memusnahkan DHI dari dalam dengan menggagalkan sistem R.A.C.E.
Misi ini diketuai sekali lagi oleh Leon Fayde dan dituruti oleh anggotanya termasuklah kekasih Leon, Vexille Serrs.



Kali ini operasi kedua mereka juga menemui kegagalan. Ramai anggota SWORD terbunuh dan Leon Fayde ditangkap oleh anggota tentera DHI. Tetapi Vexille berjaya menyelamatkan diri dan diselamatkan oleh seorang penduduk Jepun bernama Maria.

Nanti ako sambung lagi..nak masuk kerja la...

No comments: